Tuesday 30 May 2017

SERUM ANTI PENUAAN

Fobia dengan masalah kedut di wajah dek kerana sering dipanggil makcik, atau disalah anggap lebih tua dari usia sebenar menjadikan ramai wanita mencari keadah, petua dan cara rawat kedut di wajah dan mata. Kedut di wajah tu tanda awal penuaan.



Yang sebenarnya punca utama masalah kedut di mata dan wajah tu tanda kulit dah kurang anjal disebabkan kolagen dah berkurangan dalam kulit especially those yang dah cecah umur 30 tahun. Tak suka makan sayur, tak suka makan buah, suka makanan yang pedas, jarang pula minum air apatah lagi nak bersenam memang mempercepatkan pengurangan kolagen dalam badan





Mula-mula kulit berkedut, lama-kelamaan pori wajah pulak besar, pakej jeragat sekali. Tu yang nampak. Yang tak nampak, kita terdedah kepada osteoporosis, organ dalaman pun dah kurang fungsi. Sanggup ke tak sanggup nak hadapi? Kalau kita sebagai orang yang sihat bebas ke sana ke mari kompem la kita tak sanggup nak hadapi masalah-masalah ni kan.

Jangan terkejut dan jeles jika ada yang sebaya dengan kita tapi kulitnya lebih halus, gebu dan cerah berbanding kita yang nampak kusam dan berkedut sebab kulit dah kurang kelembapan.



Tak boleh kalau tak buat apa-apa, tambah lagi kalau suami pula memang nampak muda lagi. Bila jalan berdua, nanti dikata jalan dengan anak padahal jalan dengan suami. Eh mestilah tak boleh jadi kan. nanti tak pasal-pasal orang panggil nenek padahal muda lagi.



Jangan risau, Cik Yaya akan bagi penyelesaiannya






Cik Yaya sangat cadangkan penggunaan 24k gold serum. Sebab ramai yang dah teruja dengan kesan yang memuaskan hati. Selain kulit lebih tegang, kulit muka pun jd flawless.


Tampil dengan kulit wajah yg cantik dan mulus.


Whatsap Cik Yaya ke 019 5575311
FB - Ryoung Beauty Perunding Kecantikan

Monday 29 May 2017

CARA BERKESAN ATASI TUMIT PECAH

Cara Berkesan Atasi Tumit Pecah, Faktor Dan Petua Atasi Tumit Pecah



Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.



Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.



Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.



Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.



Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.



Faktor penyebab

Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


Solusi

Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
Kekalkan berat badan ideal.
Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
Pakai stokin jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.




PETUA TRADISIONAL

Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

Sekian saja entri Cik Yaya kali ini... Semoga berjumpa lagi di entri akan datang..

#RyoungBeauty

Sunday 28 May 2017

MANFAAT AIR BERAS UNTUK KULIT WAJAH

ANTARA KELEBIHAN AIR BERAS UNTUK KULIT WAJAH



Air beras kaya akan mineral dan vitamin untuk kecantikan untuk kulit dan rambut. Butir beras kaya akan asam ferulic, yang merupakan antioksidan yang hebat dan penuh dengan allantoin, yang dikenal kerana sifat anti inflamasi.

Selain menjadi salah satu zat pembersih kulit yang paling lembut, air beras juga mengandungi vitamin seperti B1, C, E, serta mineral, yang dapat mengecilkan pori- pori, mencekangkan kulit, mencerahkan, dan melembutkan kulit.

Perawatan kulit dengan air beras merupakan penyelesaian yang luar biasa untuk berbagai masalah kulit dengan harga yang murah dan efektif. Air beras sangat bagus untuk semua jenis kulit, tak kira macam mana teruk pun kulit wajah hampa.

Dah tau kan betapa berkhasiatnya beras untuk wajah kita. Tak semestinya kena beli produk mahal baru muka kita boleh peloles. Bahan yang ada dekat dapoq kita tu pun boleh buat muka kita peloles tau.

Terima kasih kerana jengok-jengok entri Cik Yaya nie.. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang..

#RyoungBeauty

Friday 26 May 2017

MENGATASI MASALAH SEMBELIT

Alangkah seksanya jika mengalami sembelit yang kerap setiap hari!

Juga terpaksa menghabiskan masa yang lama meneran di dalam bilik air.

Apakah itu sembelit?
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh meneran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.


Makanan mengatasi sembelit/ makanan pelawas

1.Betik



Betik mengandungi fiber yang membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari membantu kita membuang setiap hari, lagipun sedap kan betik ni?




2.Pisang



Pisang memang bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, Vit B1, B2, B6 c, niasin dan folat.




3.Oat




Oat sangat kaya dengan fiber, jadi inilah sebab mengapa oat berperanan sebagai pelawas, mengelakkan sembelit.



4.Air



Air membantu proses penghadaman dalam badan, dan membantu proses pelawasan dalam badan, sebab itulah air berperanan untuk mengelakkan sembelit. Minulah air ksoong dengan banyak setiap hari, seelok-eloknya bersukat untuk setiap 20kg berat badan anda, minumlah 1 liter air. Jadi, kalau 60 kg? Minumlah 3 liter air berperingkat-peringkat setiap hari :)





SUPPLEMENT MINUMAN MENGATASI SEMBELIT





WHITE GLUCONEY DRINK (400gm)

-Keistimewaan produk:-
*Membantu merawat masalah kulit wajah seperti jerawat,jeragatdan parut2 jerawat lama.
*Merawat masalah dalaman wanita dan merawat hormone yang tidak stabil.
*Masalah haid yang tidak teratur dan sengugut.
*Merapatkan sistem peranakan (Rahim)wanita.
*Menaikkan aura seri wajah
*Mencantikkan & membentuk tubuh badan yang ideal.
*Melincinkan kulit,halus dan gebu .
*Mengurangkan lingkaran bawah mata(eyebag).

-Bahan-bahan:-
*strawberi
*acaiberi
*apple
*madu
*serbuk pearl
*kolagen
*glutation
*vitamin C
*kurma
*delima
*anti aging



p/s :Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein.
      sapukan buih white gluconey drink dimuka sebagai masker dancuci menggunakan golden honey soap


Yang penting, makanlah makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong dan lakukan senaman yang teratur setiap hari untuk membantu mengatasi sembelit ini.


Semoga anda bebas dari sembelit selepas ini. Selamat mencuba!
Berminat boleh Pm Cik Yaya 019 5575311

Tuesday 23 May 2017

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

6 Tips Penjagaan Rambut Yang Betul..WAJIB Baca dan Buat!


Asalamualaikum dan selamat pagi semua..Cik Yaya nak share kan tips penjagaan rambut yang betul..bukan perkara main-main dalam bab menjaga rambut ni tau..salah satu kesan nya, kita tak nak rambut gugur, kotor, tak sihat dan botak..


Tidak kira lelaki atau perempuan sebenar nya mendapat risiko rambut gugur..faktor usia, tekanan kerja, pemakanan dan kurang rehat adalah penyumbang kepada masalah rambut. Namun, ada sesetengah mereka yang tidak mengetahui atau saja TAK nak ambil tahu bahawa mereka mengalami masalah rambut yang serius..





seram kan bunyi nya..lagi-lagi wanita bertudung...ada sesetengah tu tak ambil tahu penjagaan rambut. Tanda-tanda anda mempunyai masalah rambut adalah kulit kepala terlalu berminyak, keguguran rambut lebih daripada 30 helai sehari, kelemumur dan gatal-gatal di kulit kepala..


okey..jom kita review 6 langkah penjagaan Rambut yang betul



#Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.


#Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.


#Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu
Rambut hendak lah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut..ini anggapan yang salah ye kawan-kawan.

Mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut.sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai.


# Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi yang Betul
Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi mestilah digunakan sampai kena kulit kepala dan tidak perlu dicuci..Anda nak tahu mummy gunakan minyak ap??

>>>Jojoba oil Cik Yaya guna..selamat dan yang penting semulajadi,tiada bahan kimia ,100% natural..





#Tips 5 :  Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.

Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).





#Tips 6 : Gaya Hidup
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.

Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 11.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.

Cik Yaya dah kongsi kan tips penjagaan rambut yang betul. anda dah tahu punca keguguran dan masih belum terlambat untuk amalkan beberapa tips penjagaan rambut bagi mengelakkan masalah rambut walaupun anda seorang yang sibuk.

Untuk dapatkan JOJOBA OIL boleh whatsapp Cik Yaya - 0195575311

Sekian terima kasih kerana sudi membaca entri Cik Yaya kali ini.

Sunday 21 May 2017

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DAN KULIT KERING

Assalamulaikum.. Salam sejahtera


Dua tiga hari ni Cik Yaya terperasan banyak pula rambut kat lantai ini, Jika bukan rambut sendiri,rambut siapa lagi kan?



"Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua"







Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Berikut adalah antara punca yg menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.


2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.


3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.


4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.


5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.


6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.


7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.



Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut . Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.


Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.



Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.



Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.


Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.


Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.


Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.


Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.





Jojoba Oil






Jojoba oil 100% natural.Tiada bahan campuran di formulasikan dari USA. Banyak kegunaan. Boleh digunakan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sesuai dari bayi hingga dewasa.




Khasiat / Kegunaan.

- Untuk masalah rambut seperti rambut gugur, kusut dan berkelemumur.

- Tumit merekah

- Masalah kulit kering

- Sebagai makeup removal

- Baik untuk luksa dan kesan parut

- Bibir kering

- Pertumbuhan rambut

- Masalah kulit enzyme

- Melebatkan bulu mata









Cik Yaya nak kongsikan disini untuk tatapan bersama. Ada yang rasa sesuai untuk dicuba boleh cuba ye..

Berminat?

Whatsap Cik Yaya 019 5575311

MASALAH KEPUTIHAN




Berikut ini beberapa kondisi dimana wanita akan mengalami jenis keputihan normal:

👉🏻 Melahirkan bayi
👉🏻 Haid kali pertama
👉🏻 Menjelang haid
👉🏻 Saat mengalami ovulasi
👉🏻 Alergi kondom
👉🏻 Gangguan jiwa
👉🏻 Radang leher rahim
👉🏻Terangsang oleh aktiviti seksual

Berikut ini beberapa kondisi dimana wanita akan mengalami jenis keputihan abnormal:



👉🏻Keputihan dengan lendir berwarna cokelat atau mengandung darah
👉🏻Keputihan disertai rasa nyeri atau pendarahan
👉🏻Keputihan dengan lendir berwarna hijau, kuning, atau berbuih
👉🏻Keputihan disertai luka melepuh di sekitar genital
👉🏻Keputihan dengan lendir kental,berwarna putih, dan disertai berbau

#Ryoungbeauty

Thursday 18 May 2017

TANDA-TANDA AWAL KANSER

Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim. Semua Wanita Perlu Ambil Tahu Hal Ini.






Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim –

Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.

Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina]  yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.

Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

Squamous cell carcinoma

Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

Adenocarcinoma.

Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
Perdarahan selepas hubungan intim  (“postcoital bleeding“)
Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
Hilang selera makan
Turun berat badan yang mendadak
Faktor-Faktor Terjadinya Kanser Pangkal Rahim

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
Hubungan intim pada usia muda
Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
Merokok
Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai.
Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim

Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi

Sekian sahaja entri Cik Yaya kali ini ..semoga kita berjumpa di entri yang akan datang..Salam sayang dari Cik Yaya...Hargai dirimu,kerana dirimu begitu berharga :)

#Ryoungbeauty

Tuesday 16 May 2017

DETOX TRADISIONAL

                           Detox Orang Dulu-Dulu


Lumrah seorang wanita, pasti terpengaruh dengan kecantikkan.
Sekali sekala jom ikut Cik Yaya amalkan petua orang dulu-dulu yg sering minuman jus herba buatan sendiri untuk mengekalkan kecantikkan dalaman serta luaran.


5 jenis jus minuman yg mampu memantapkan dalaman wanita.


Jus Kunyit - Kecutkan rahim 






Bahan:

2 ketul kunyit
1/2 ketul halia
2 batang serai
Garam
1 liter air putih

Cara:

Kisar semua bahan sehingga hancur.
Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.
Khasiat : Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan,membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.




Jus Halia - Pembuangan Angin







Bahan:

2 ketul halia (dihiris)
2 uncang teh asli
Gula perang secukup rasa
Air putih

Cara:

Rendam uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.
Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.
Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.
Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.





Jus Kurma - Memberi Tenaga







Bahan:

5 biji kurma pilihan
Segelas susu segar
1 sudu besar madu

Cara:

Kisar semua bahan ini sehingga hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah
Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan ketika perut kosong. *sebelum sarapan.
Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.




Jus Delima - Kurangkan Kolestrol







Bahan:

1/2 sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam

Cara:

Kacau semua bahan di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.
Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kulit supaya lebih berseri dan cerah.



Jus Herba Campuran - Pulihkan Bahagian Intim





Bahan:

1 ulas bawang putih (ditumbuk)
7 biji lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 inci ibu kunyit (ditumbuk)
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung

Cara:

Pecahkan telur dalam cawan
Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
Selepas itu, masukkan pula madu dan kacau sehingga sebati
Amalkan minuman ini segelas sehari selama tiga (3) hari berturut-turut terutamanya ibu yang baru melahirkan.
Khasiat: Memanaskan badan, menyumbang tenaga  dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.

#Ryoungbeauty

Monday 15 May 2017

MASALAH LIANG PORI BESAR



Ramai antara kita yang alami masalah liang-liang pori besar kan ?? Dan yang pasti masalah tersebut akan ambil masa yg lama untuk hilang . Paling sedihnya masalah liang pori besar akan menjadikan kulit kita kusam dan nampak kasar. Tak dapat nak lindung dengan make up yg berlapis-lapis ,bagi yg berkerjaya masalah ini sedikit sebanyak akan hilangkan keyakinan diri untuk berdepan orang ramai.

Okay entry kali ini Cik Yaya nak share apa punca yang menyebabkan pori wajah kita besar dan cara untuk merawatnya ..jom kita tengok apa puncanya

FAKTOR MASALAH LIANG PORI BESAR & TERBUKA
Kulit wajah berminyak
Terlalu banyak pengambilan makanan berminyak dan berlemak
Boleh juga disebabkan oleh genetik
Perubahan hormon terutamanya sewaktu hamil
Proses penuaan
Terdedah kepada sinaran cahaya matahari yg berlebihan
CARA PENCEGAHANNYA





Mencuci wajah 2kali sehari (pagi&malam) - mencuci wajah dengan betul sekurangnya 2kali sehari pagi dan malam sangat penting kerana seharian kita terdedah dengan habuk dan kotoran,jadi memcuci wajah dengan betul dapat mengelakkan liang pori tersumbat. Pastikan guna pencuci wajah yg sesuai dengan kulit ya.






Scrub wajah - dengan scrub wajah sekurangnya 2 3 kali seminggu dapat membuang sel-sel kulit mati yg tak dapat dibuang dengan hanya mencuci wajah sahaja. Selain itu kesan kotoron yg tersumbat pada liang-liang pori . Pastikan guna scrub wajah yg sesuai dgn kulit agar tidak memudaratkan kulit . banyak di pasaran scrub yg telah siap ataupun nak lagi selamat buat je dirumah ;)





Tuam ais batu pada wajah - ya nampak mudah kan ?? dan tips sangat menjimatkan tapi hasilnya membuatkan kita teruja tau. Ais batu  bertindak secara efektif sebagai bahan yang mudah untuk didapati di rumah. Tuam ais batu di wajah seeloknya sebelum kita pakai make up dan make up anda juga akan tahan lama. Lakukan setiap hari selama 1minit dan wajah akan segar secara tak langsung liang-liang pori akan makin mengecil. Bahkan ia juga akan melancarkan perjalanan darah anda ;)




Penggunaan Serum 24K Gold Advanced - nak lagi mudah dan berkesan guna je serum 24k gold advanced by ryoung beauty ni .Cik Yaya mmg consume serum ni sebabnnya ia sesuai dgn wajah ,kulit kasar makin halus dan tegang je tau . Paling best liang pori makin mengecil . Guna malam sebelum tidur dan esoknya kulit akan rasa tegang dan anjal.

KEBAIKKAN 24K GOLD SERUM ADVANCED
Mengecilkan liang-liang pori di muka
Menghilangkan kedutan dan garisan halus
Menegangkan dan melembapkan kulit wajah serta memberi kesan halus dan lembut
Membuatkan wajah nampak berseri
Mencerahkan kulit wajah
Mengecutkan jerawat dan menghilangkan jeragat

Untuk pertanyaan yg lebih lanjut

Whtsapp | Call | Sms : Cik Yaya 019-5575311

Boleh juga kunjungi page fb: RyoungBeauty Perunding Kecantikan

MISS-V



                                       >Punca Faraj Berbau Busuk<<


*Ramai yang tidak sedar lendir macam hingus ni duduk dalam faraj. Sebabnya TIADA tanda-tanda bermasalah melainkan sudah kronik.

*Lendir dalam faraj perlu dibersihkan untuk memastikan dalaman faraj bersih. Step yang mudah tapi ramai yang MALAS.

*Kalau MALAS cuci, MALAS jaga kebersihan, benda2 tak elok pun datang tak selesa, kurang keyakinan diri, kesihatan terganggu, hubungan terjejas. Masalah rumahtanggapun terjerat sama. Muka cantik tak membawa ke syurga.

Bayangkan jika gigi tak pernah dicuci atau diberus, bau mulut macam mana?

Bahagian bawah tu pon macam tu. Kalau berlendir tak dicuci, slps nifas, slps haid, mana bole tahan baunya berbulan-bulan, bertahun2 terperap.

Kalau tk gosok gigi bole jadi bengkak gusi. Kalau tak korek hidung, apa jadi?? Kalau tak servis Miss V tu jadi apa agaknya nanti dalam dinding faraj.

White gluconey drink boleh membantu anda untuk flush semua keluar. Dapatkan white gluconey drink skarang..

CIK YAYA - 019-5575311
CIK YAYA - 019-5575311

KURUS DENGAN PEPERMINT LOTION



Gosok-gosok... Sapu-Sapu.... Dah hilang inci.

Seriously.. Rasa mcm tak percaya Gosok2 hilang 1/2 inci !! Kesannya Hebat di rasai. Dengan hanya sekali sapuan sahaja.

Alamakkkk biar betul.... Perut buncit dah semakin nipis. Spare tayar kiri kanan dah semakin kecut.

Pertama di Malaysia. Khas menghilangkan lemak-lemak degil  dan ia juga dpt memutihkan kulit badan.

Cik Yaya tak ckp saja okey..







                                          Akak suka betol la dgn peppermint lotion ni!!
                                                                             SEBAB.......
                                                        Akak takut nak makan ubt
                                 Tapi... dgn adanya PEPPERMINT LOTION ni senang laa...
                                     Tak perlu nak bersenam luar rumah,sambil berkemas pun bole kurus.
                                              Paling best baju dan seluar semakin longgar.      
                                           


Peppermint scrub dan lotion diekstrak dari tumbuhan seperti daun pudina,halia bara dan  apricot seeds. Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. 100% selamat digunakan dan KKM.
             



                                 KELEBIHAN UTAMA PEPPERMINT SCRUB & LOTION

                                                  Memecahkan lemak di bahagian yg bermasalah

                                                  Menurunkan inci terutama pada bahagaian
                                         
                                                  Melawaskan pembuangan

                                                  Membakar lemak berlebihan

                                                  Menghilankan stretchmark dan selulit

                                                  Dapat melangsingkan badan

                                                  Menghilangkan daki

                                                  Menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit

                                                  Memutihkan kulit

                                                  Meruncingkan wajah



         CARA MENGGUNAKAN

Peppermint Scrub→ guna time mandi, burn lemak kaw2 time mandi sbb memang terbukti membakar lemak & sekaligus mencantikkan kulit!

Peppermint Lotion → gosok2 jer anytime, anywhere! Burn lemak sepantas 30 minit ( testimoni dah ade...bukan propa yer )


Nak kurus dgn cara sihat... Whatsap Cik Yaya ke 0195575311

#ryoungbeauty

Sunday 14 May 2017

MANFAAT DAN KHASIAT LABU




Labu kuning adalah buah labu yang sering digunakan sebagai bahan es buah yang segar. Buah ini sering dijadikan hidangan wajib dalam setiap bulan puasa datang sebagai makanan pembuka. Warna dari labu kuning sesuai namanya, berwarna kuning dan sedikit orange seperti buah jeruk. Ukuran buahnya tidak terlalu besar, standard ukuran labu pada umumnya. Buah ini sangat menyegarkan dan penghilang dehidrasi tubuh Anda.

Kenikmatan buah labu kuning tidak mengalahkan kandungan gizinya yang lengkap untuk kesihatan Anda. Buah ini mengandung lemak, protein, kalori, beta karoten, tembaga, kalium, natrium, zat besi, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, vitamin B6, lutein, niasin, dan masih banyak gizi lainnya. Jika Anda amalkan makan buah labu kuning setiap hari, tubuh Anda tidak hanya akan menjadi sihat namun juga terhindar dari beberapa penyakit.

Agar tidak salah dalam memahami manfaat dan khasiat labu kuning, Cik Yaya berikan perincian penjelasan tentang beberapa kegunaan buah ini untuk kesihatan Anda.



1. Menyihatkan mata
Khasiat labu kuning yang pertama iaitu sebagai buah yang bisa menjadi sumber nutrisi untuk menyihatkan mata. Kandungan vitamin A dalam buah ini salah satu khasiatnya adalah membuat penglihatan Anda menjadi lebih tajam.

2. Anti radikal bebas
Khasiat labu kuning untuk menangkal radikal bebas dilakukan dengan memberikan pertahanan yang lebih ke tubuh Anda. Vitamin C dalam buah ini akan membersihkan efel radikal bebas yang berbahaya.

3. Awet muda
Khasiat labu kuning yang selanjutnya iaitu sebagai buah yang akan membuat Anda selalu tampak awet muda. Buah ini mengandung banyak vitamin dan mineral yang bagus untuk kulit sehingga mencegah penuaan dini yang terlalu cepat.

4. Mencegah hipertensi
Khasiat labu kuning yang berikut ini sangat bagus bagi Anda yang sering mengalami tekanan darah tinggi. Buah ini mampu mengawal tekanan darah Anda sehingga tetap seimbang dan tidak menimbulkan hipertensi.

5. Ubat sembelit
Khasiat labu kuning sebagai ubat salah satunya adalah mengatasi penyakit sembelit. Sembelit adalah penyakit yang menyerang pencernaan Anda. Dengan mengamalkan buah ini dengan teratur, sembelit Anda akan reda dengan perlahan.

6. Membantu pertumbuhan tulang
Labu kuning juga merupakan buah yang diperlukan oleh tulang. Hal ini karena kandungan kalsium di dalamnya dapat membuat tulang Anda sihat dan tumbuh dengan baik. Sebab itulah buah ini boleh menjadi sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang pada anak.

7. Baik untuk gigi
Selain tulang, buah labu kuning juga disarankan untuk menyihatkan gigi. Memberus  gigi saja tidak cukup .Jika Anda masih mengamalkan makanan yang tidak sihat. Buah ini akan menutrisi gigi Anda agar lebih kuat dan sihat.

8. Mencegah kanser
Buah labu kuning dapat mencegah tubuh dari penyakit kanser. Buah ini mampu menjaga ketahanan sel dalam tubuh sehingga tidak mudah rosak. Penyakit kanser muncul disebabkan adanya sel yang rosak yang biasanya diakibatkan oleh efek radikal bebas.

9. Anti inflamasi
Labu kuning juga berfungsi sebagai makanan anti inflamasi. Buah ini dapat meredakan rasa ngeri yang Anda rasakan di beberapa bahagian tubuh. Mulalah mengamalkan buah labu.

10. Mencegah stroke
Stroke adalah penyakit lainnya yang boleh diatasi oleh buah labu kuning. Jika Anda ingin terbebas dan terhindar dari strok ini, cubalah untuk memakan buah labu ini dengan rutin. Tubuh Anda pun akan kebal dari penyakit strok.



Itulah 10 manfaat dan khasiat labu kuning untuk kesihatan yang perlu Anda ketahui. Semoga bermanfaat untuk menambah pengetahuan Anda dalam menjaga kesihatan. Pola hidup yang sihat akan lebih menguntungkan Anda nantinya di masa depan, kerana kesihatan zaman sekarang merupakan hal yang paling mahal. Selamat mencuba sayang-sayang Cik Yaya semua.


#RyoungBeauty
#khasiat labu

Saturday 13 May 2017

TIPS KURUS DAN HILANGKAN LEMAK

Assalamualaikum dan salam sayang dari Cik Yaya buat pengikut setia ryoung beauty. Semoga uols semua dalam keadaan sihat sejahtera.




Haa entry Cik Yaya kalini nak kongsi dengan uols sedikit tips untuk buang lemak dan kuruskan badan secara tradisional. dah selalu sangatkan dengar diluar sana yang mengalami masalah lebihan lemak dibahagian tertentu seperti lengan, paha, perut, dan pinggul. punca lemak juga sebab dari pemakanan yang lebihan kalori. selain itu, makan di waktu tengah malam juga menyebabkan kandungan lemak dalam tubuh badan.



Tips yang pertama mengunakan air asam jawa sebagai minuman harian kita. Ini kerana air asam jawa menjadi alternatif untuk mengurangkan lemak dalam badan kita. dengan caranya :- ambil sebuku asam jawa bersama air sebanyak satu gelas, kemudian ramas bersama air tersebut. simpan air asam jawa tadi ke dalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengah hari atau sebelum tidur, amalkan setiap hari. pasti tubuh badan ada lebih segar dan sihat.











Tips yang kedua pulak. cara paling mudah dan menggunakan bahan yang paling murahhh, gituuuuuu! hanya dengan menggunakan timun, lobak merah, dan limau nipis. semua pasti tahu kebaikkan yang ada pada setiap bahan ini. cara yang kedua pulak menggunakan 3 bahan tadi iaitu 2 biji lobak merah di potong, 1 biji timun segar dicuci, dan 1 biji limau nipis. kemudian kisarkan semua tiga bahan tersebut dan perahkan airnya untuk di minum. Amalkan dua kali sehari pagi dan malam. inshaAllah badan yg macam cucur kembung yang comel tu akan menjadi seperti cucur pisang yang menarik, hihi .









Sekian tips mudah dari dapur oleh Cik Yaya, Cik Yaya berharap uols semua boleh amalkan dirumah, dan dah tak lama nak raya kan, haa boleh laa amalkan dari sekarang nanti raya boleh nampak hasil yang menarik dan meletopsss,gituuuuu .




Terima Kasih dari Cik Yaya kerana sudi meluangkan masa membaca entry dari Cik Yaya, semoga kita berjumpa lagii sayang semuaaaaaa..

KECANTIKAN SEMULA JADI




Kenapa orang zaman dahulu sihat dan menawan? Hanya mengunakkan bahan semulajadi.

Dalam zaman serba moden ni, ramai sudah lupa akan rahsia awet muda turun temurun nenek moyang kita kerana terlalu banyak produk kesihatan dan kecantikkan pada masa kini.

Namun masih ada yg setia mengunakan petua turun temurun tak lapuk dek zaman tak lekang dek hujan. Ini kerana segala petua adalah lebih berkesan dan asli  daripada campuran pelbagai bahan.


                                        AMALAN MAKAN ULAM-ULAMAN






Amalan memakan ulam ulaman sebenarnya sudah menajadi budaya masyarakat melayu sejak turun temurun. Ada juga yg tidak berselera ulam atau sayur mentah. Paling tidak timun dicicah dgn sambal belacan.

Selain dijadikan sebagai pembuka selera, ulam dikatakan antara makanan yang boleh membantu seseorang kelihatan awet muda dan cantik.Inidisebabkan kebanyakan ulam atau sayuran berkenaan mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.



                                           AMALAN NAIKKAN SERI WAJAH



Rahsia untuk menaikkan seri wajah dan mengawetkan kulit dengan amalam minum air inai.
Inai yg hampa pakai dkt tangan tu lahhh..

Ambil segenggam daun inai dan rebus dengan air sebanyak dua cawan. Rebus sehingga ia menyejat tinggal lebih kurang satu cawan ja. Selesai merebus, biar sehingga sejuk dan amalkan minum tiga kali seminggu. Mudah mudahan kulit wajah hampa kelihatan awet muda dan berseri-seri bak mentari pagi yg menyerikan seri wajah.






5 Petua ni Anda Boleh Buat Sendiri di Rumah

Air Didih Nasi
-Ambil air didih nasi…ketika sedang menggelegak, biarkan sekejap kemudian sapukan pada kulit muka. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian bilaskan dengan air . Amalkan selalu untuk dapatkan kulit licin.
Tomato
-Parut sebiji Tomato dan gosokkan pada muka dan leher secara perlahan-lahan. Tomato sangat bagus untuk hilangkan parut. Biar selama setengah jam kemudian cuci dengan air suam.
Kentang
-Kupas kentang kemudian potong nipis-nipis dan  tampalkan  pada seluruh muka dan biarkan sampai kering. Amalkan 2 kali seminggu.
Serbuk Teh
-Gosokkan Serbuk teh yang telah digunakan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan 5 minit dan kemudian cuci dengan air suam.
Lemon
-Gunakan perahan  jus lemon kemudian sapukan pada wajah biarkan  selama 15 minit,  kemudian bilas dengan air suam.



** Okey sebagai penutup bicara, Cik Yaya harap tips-tips ni berguna pada hampa.Pesan Cik Yaya, Rahsia turun temurun tradisional kita jgn dilupakan walaupun sekarang produk-produk kecantikkan bercambah di pasaran.

Friday 12 May 2017

TIPS KECANTIKAN WAJAH

Bila sentuh soal kecantikkan ni tak lain tak bukan mesti terfikirkan kaum hawa sahaja kan .. jangan pelik tau kaum adam skrg ni pun tak kalah juga dalam soal menjaga kecantikkan. Zaman sekarang semua bekerjaya ,jadi penampilan tu merupakan watak utama yg harus dititik beratkan.Dalam seharian penjagaan wajah haruslah dijaga dengan sempurna tambah-tambah bagi kaum wanita.




KEBAIKKAN MASKER UNTUK KECANTIKAN WAJAH


 Amalan Masker Di wajah - banyak sebenarnya bahan dan cara yg digunakan untuk dijadikan masker di wajah. Kebanyakannya petua-petua tradisional yg masih diguna pakai hingga ke sekarang.
Jadi Cik Yaya nak share untuk anda semua contoh-contoh masker yg boleh dibuat di rumah :)








MASKER KACANG HIJAU - Selain sedap dibuat manisan seperti bubur kacang ,aiskrim dan sebagainya ,ketahui juga bahawa kacang hijau sebenarnya sangat baik untuk mslh JERAWAT.Caranya mudah sahaja iaitu tumbuh 2 sudu kacang hijau sehingga menjadi serbuk dan campurkan dengan yogurt asli . Sapu pada wajah dan biarkan hingga kering . Bilas dengan air




MASKER KUNYIT - Seperti yang kita ketahui kunyit juga merupakan antiseptik yg terbaik untuk merawat mslh jerawat. Lagi menarik dengan mengamalkan masker kunyit sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu dapat mengurangkan kedutan halus di wajah dan kecutkan jerawat.Caranya gaulkan serbuk kunyit dengan yogurt dan sapu pada wajah ..Biarkan 15 minit dan boleh cuci dengan pencuci muka supaya hilangkan kesan2 kuning.



MASKER PUTIH TELUR & MADU -  Bagi yang memiliki kulit normal tidak semestinya anda selamat dari menajaga kecantikan wajah.Kebaikan masker putih telur ini adalah untuk mencerahkan kulit ,melembutkan,menegangkan kulit wajah,menghindarkan jerawat dari tumbuh dan menyegarkan wajah.Dan madu adalah salah satu bahan alami paling tepat untuk itu semua. Madu mempunyai kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi.Cara nya mudah saja ,campurkan putih telur dengan madu asli ,sebatikan dan oleskan pada wajah. Biarkan ia mengering dan basuh muka dengan air suam . Lakukan setiap hari untuk dapatkan hasil yg berkesan .



Cik Yaya harap anda semua amalkan tips ini ya ..sebab ianya mudah didapati dan boleh dilakukan di rumah sahaja  .. sambungan di entri yang lain pula bersama Cik Yaya okay ! ;)

Terima kasih sudi membaca .

Thursday 11 May 2017

CARA MENGHILANGKAN MASALAH JERAWAT

Assalamualaikum..~

Mesti tertanya entry kali ini CikYaya nak share pasal apa kan ?? Haa okay CikYaya nak share pasal JERAWAT ..Mostly dari kita semua ada yg alami masalah ni betul tak ? Jerawat ni dia nak tumbuh tak kira umur ,semua xterkecuali tambah-tambah setiap kali datang bulan bagi kaum wanita . Dan paling yang dirisaukan ialah parutnya yang tinggal. Haaa diknon amik masa yang lama jugak tau untuk hilangkan parutnya ..Ada yg sanggup habis beribu ringgit semata-mata nak buat rawatan laser untuk hilangkan parut .. ish ish ish




PUNCA MASALAH JERAWAT

1- Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

2- Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

3- Pori pori besar

Selain kulit berminyak, jenis kulit yang memiliki pori pori besar pun boleh menyebakan pertumbuhan jerawat . Kerana faktor penyebab jerawat di wajah boleh disebabkan oleh sumbatan pori pori dari debu, dan debu semakin banyak masuk ke pori pori yang besar. maka dari itu apabila memiliki pori wajah yang besar boleh menyebabkan jerawat juga.

4- Makanan berminyak

Faktor penyebab jerawat di muka adalah makanan yang berminyak. Makanan seperti inilah yang menyumbangkan jerawat di wajah.Jadi, elakkan makanan yang berminyak atau paling tidak kurangkan pengambilan makanan berminyak sebaliknya makan makanan yg dimasak seperti direbus dikukus ataupun dipanggang.. Pastikan minum air masak yg secukupnya dan lebihkan pengambilan sayuran serta buah-buahan.

CARA ATASI MASALAH JERAWAT DI WAJAH DENGAN MUDAH

CikYaya nak share petua-petua tradisional harapnya sedikit sebanyak membantu anda semua untuk hilangkan jerawat..Yang pasti petua ni semua sangat mudah dan bahan2 nya pun agak senang jugak lah untuk dapatkan.

DAUN SIREH -  Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.

KAYU MANIS - Kikis/tumbuk sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempekkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu..Dan lihat hasilnya ,best tau ! :)

BEDAK SEJUK - Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa ,sebatikan semuanya .Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

YOGURT ASLI DAN KUNYIT -Campurkan yogurt asli dengan serbuk kunyit.Kacau dengan sebati dan jadikan masker di wajah.Biarkan beberapa minit sehingga kering dan bilas dengan air bersih.Lakukan 2 3 kali seminggu. Kulit pun lembut tauu ;)


CARA MERAWAT JERAWAT DENGAN PRODUK RYOUNG BEAUTY


Masukkan 2 scoop wgd dalam 100ml air sejuk kemudian shake !


 >>> WHITE GLUCONEY DRINK ADVANCED <<<
(minuman collagen ikan kod dan ekstrak buah strawberi,acai beri serta madu merupakan minuman kesihatan terbaik masa kini)

Apa kebaikannya ??

- Merawat masalah kulit wajah seperti jerawat,jeragat dan mnghilangkan parut-parut jerawat.
- Merawat masalah dalaman wanita cth hormon yang tidak stabil.
- Merawat masalah haid tidak stabil dan mslh senggugut
- Menyingkirkan toksin-toksin dalam badan
- Melawaskan pembuangan air besar & kecil ..

Okay harap perkongsian kali ni dapat memberi manfaat untuk anda yg mengalami masalah wajah. Tidak asing lagi bagi pengguna setia RyoungBeauty.
Nak tahu lagi info yang lebih lanjut boleh whtsapp CikYaya 019-5575311,macam-macam CikYaya akan share dengan anda. .

sekian saja moga bertemu lagi di lain entry  ;)

Page fb : RyoungBeauty Perunding Kecantikan

CikYaya RyoungBeauty Pakar Kecantikan Anda
019-5575311