Sunday 4 June 2017

TIPS TUKAR SKINCARE





                                         TIPS MACAM MANA NAK TUKAR SKINCARE


...... Nak tukar skincare pun ade cara dia tau.. Bukan main guna atau tukar je.. Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah korang dgn produk baru boleh menjadi racun pulak, ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat......


💟1) Stop guna previous skincare dalam 7-14 hari.. Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering.. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka. Boleh juga apply 24k gold serum yang bebas dari sebarang bahan kimia dan akan menjadikan wajah anda glowing setelah bangun dari tidur.





💟2)Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangnya iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk.. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dgn kedatangan produk baru. Anda juga boleh cuci muka dengan golden honey soap, yang akan menyegarkan wajah dan menutralkan wajah anda dari bahan kimia.





💟3)Bila dah guna skincare baru,akan berlaku sesetengah jenis kulit dimana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama/ effect stop guna)




.
💟4)Jika produk anda biasa shj (counter product/shelf product), tiada merkuri dan wajah korang ok....1-2 hari sudah cukup untuk meneutralkan wajah anda then, boleh terus tukar skincare..




💌💌.. Bagi yang nak mula dengan Skincare Ryoung Beauty yang memang terkenal dengan bebas mercury merbahaya, korang dah boleh mula stop penggunaan skincare lama korang tau.. Sebab apa?? Sebab produk Ryoung Beauty menggunakan 100% bahan ekstrak botanik dan ia selamat digunakan untuk seisi keluarga......


Beauty Consultant
  Cik Yaya
0195575311

Tuesday 30 May 2017

SERUM ANTI PENUAAN

Fobia dengan masalah kedut di wajah dek kerana sering dipanggil makcik, atau disalah anggap lebih tua dari usia sebenar menjadikan ramai wanita mencari keadah, petua dan cara rawat kedut di wajah dan mata. Kedut di wajah tu tanda awal penuaan.



Yang sebenarnya punca utama masalah kedut di mata dan wajah tu tanda kulit dah kurang anjal disebabkan kolagen dah berkurangan dalam kulit especially those yang dah cecah umur 30 tahun. Tak suka makan sayur, tak suka makan buah, suka makanan yang pedas, jarang pula minum air apatah lagi nak bersenam memang mempercepatkan pengurangan kolagen dalam badan





Mula-mula kulit berkedut, lama-kelamaan pori wajah pulak besar, pakej jeragat sekali. Tu yang nampak. Yang tak nampak, kita terdedah kepada osteoporosis, organ dalaman pun dah kurang fungsi. Sanggup ke tak sanggup nak hadapi? Kalau kita sebagai orang yang sihat bebas ke sana ke mari kompem la kita tak sanggup nak hadapi masalah-masalah ni kan.

Jangan terkejut dan jeles jika ada yang sebaya dengan kita tapi kulitnya lebih halus, gebu dan cerah berbanding kita yang nampak kusam dan berkedut sebab kulit dah kurang kelembapan.



Tak boleh kalau tak buat apa-apa, tambah lagi kalau suami pula memang nampak muda lagi. Bila jalan berdua, nanti dikata jalan dengan anak padahal jalan dengan suami. Eh mestilah tak boleh jadi kan. nanti tak pasal-pasal orang panggil nenek padahal muda lagi.



Jangan risau, Cik Yaya akan bagi penyelesaiannya






Cik Yaya sangat cadangkan penggunaan 24k gold serum. Sebab ramai yang dah teruja dengan kesan yang memuaskan hati. Selain kulit lebih tegang, kulit muka pun jd flawless.


Tampil dengan kulit wajah yg cantik dan mulus.


Whatsap Cik Yaya ke 019 5575311
FB - Ryoung Beauty Perunding Kecantikan

Monday 29 May 2017

CARA BERKESAN ATASI TUMIT PECAH

Cara Berkesan Atasi Tumit Pecah, Faktor Dan Petua Atasi Tumit Pecah



Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.



Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.



Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.



Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.



Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.



Faktor penyebab

Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


Solusi

Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
Kekalkan berat badan ideal.
Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
Pakai stokin jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.




PETUA TRADISIONAL

Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
Gosok tumit pecah dengan bawang merah.

Sekian saja entri Cik Yaya kali ini... Semoga berjumpa lagi di entri akan datang..

#RyoungBeauty

Sunday 28 May 2017

MANFAAT AIR BERAS UNTUK KULIT WAJAH

ANTARA KELEBIHAN AIR BERAS UNTUK KULIT WAJAH



Air beras kaya akan mineral dan vitamin untuk kecantikan untuk kulit dan rambut. Butir beras kaya akan asam ferulic, yang merupakan antioksidan yang hebat dan penuh dengan allantoin, yang dikenal kerana sifat anti inflamasi.

Selain menjadi salah satu zat pembersih kulit yang paling lembut, air beras juga mengandungi vitamin seperti B1, C, E, serta mineral, yang dapat mengecilkan pori- pori, mencekangkan kulit, mencerahkan, dan melembutkan kulit.

Perawatan kulit dengan air beras merupakan penyelesaian yang luar biasa untuk berbagai masalah kulit dengan harga yang murah dan efektif. Air beras sangat bagus untuk semua jenis kulit, tak kira macam mana teruk pun kulit wajah hampa.

Dah tau kan betapa berkhasiatnya beras untuk wajah kita. Tak semestinya kena beli produk mahal baru muka kita boleh peloles. Bahan yang ada dekat dapoq kita tu pun boleh buat muka kita peloles tau.

Terima kasih kerana jengok-jengok entri Cik Yaya nie.. Semoga berjumpa lagi di entri akan datang..

#RyoungBeauty

Friday 26 May 2017

MENGATASI MASALAH SEMBELIT

Alangkah seksanya jika mengalami sembelit yang kerap setiap hari!

Juga terpaksa menghabiskan masa yang lama meneran di dalam bilik air.

Apakah itu sembelit?
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh meneran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.


Makanan mengatasi sembelit/ makanan pelawas

1.Betik



Betik mengandungi fiber yang membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari membantu kita membuang setiap hari, lagipun sedap kan betik ni?




2.Pisang



Pisang memang bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, Vit B1, B2, B6 c, niasin dan folat.




3.Oat




Oat sangat kaya dengan fiber, jadi inilah sebab mengapa oat berperanan sebagai pelawas, mengelakkan sembelit.



4.Air



Air membantu proses penghadaman dalam badan, dan membantu proses pelawasan dalam badan, sebab itulah air berperanan untuk mengelakkan sembelit. Minulah air ksoong dengan banyak setiap hari, seelok-eloknya bersukat untuk setiap 20kg berat badan anda, minumlah 1 liter air. Jadi, kalau 60 kg? Minumlah 3 liter air berperingkat-peringkat setiap hari :)





SUPPLEMENT MINUMAN MENGATASI SEMBELIT





WHITE GLUCONEY DRINK (400gm)

-Keistimewaan produk:-
*Membantu merawat masalah kulit wajah seperti jerawat,jeragatdan parut2 jerawat lama.
*Merawat masalah dalaman wanita dan merawat hormone yang tidak stabil.
*Masalah haid yang tidak teratur dan sengugut.
*Merapatkan sistem peranakan (Rahim)wanita.
*Menaikkan aura seri wajah
*Mencantikkan & membentuk tubuh badan yang ideal.
*Melincinkan kulit,halus dan gebu .
*Mengurangkan lingkaran bawah mata(eyebag).

-Bahan-bahan:-
*strawberi
*acaiberi
*apple
*madu
*serbuk pearl
*kolagen
*glutation
*vitamin C
*kurma
*delima
*anti aging



p/s :Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein.
      sapukan buih white gluconey drink dimuka sebagai masker dancuci menggunakan golden honey soap


Yang penting, makanlah makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong dan lakukan senaman yang teratur setiap hari untuk membantu mengatasi sembelit ini.


Semoga anda bebas dari sembelit selepas ini. Selamat mencuba!
Berminat boleh Pm Cik Yaya 019 5575311

Tuesday 23 May 2017

TIPS PENJAGAAN RAMBUT

6 Tips Penjagaan Rambut Yang Betul..WAJIB Baca dan Buat!


Asalamualaikum dan selamat pagi semua..Cik Yaya nak share kan tips penjagaan rambut yang betul..bukan perkara main-main dalam bab menjaga rambut ni tau..salah satu kesan nya, kita tak nak rambut gugur, kotor, tak sihat dan botak..


Tidak kira lelaki atau perempuan sebenar nya mendapat risiko rambut gugur..faktor usia, tekanan kerja, pemakanan dan kurang rehat adalah penyumbang kepada masalah rambut. Namun, ada sesetengah mereka yang tidak mengetahui atau saja TAK nak ambil tahu bahawa mereka mengalami masalah rambut yang serius..





seram kan bunyi nya..lagi-lagi wanita bertudung...ada sesetengah tu tak ambil tahu penjagaan rambut. Tanda-tanda anda mempunyai masalah rambut adalah kulit kepala terlalu berminyak, keguguran rambut lebih daripada 30 helai sehari, kelemumur dan gatal-gatal di kulit kepala..


okey..jom kita review 6 langkah penjagaan Rambut yang betul



#Tips 1 : Gunakan Produk yang sesuai
Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran..tapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.


#Tips 2 : Jauhi Rawatan Rambut yang Menggunakan Bahan Kimia
Sebaiknya, elakkan menjalani rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun dye rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.


#Tips 3 : Cuci Rambut Setiap Hari dengan Syampu
Rambut hendak lah dicuci setiap hari dengan syampu. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui hal ini..malah mereka sudah dibiasakan dengan MITOS bahawa mencuci rambut setiap hari boleh merosakkan rambut..ini anggapan yang salah ye kawan-kawan.

Mencuci rambut setiap hari adalah asas dalam penjagaan permukaan rambut.sebab itu penting dalam pemilihan syampu yang sesuai.


# Tips 4 : Gunakan Minyak Perapi yang Betul
Selain mitos tentang mencuci rambut, penggunaan minyak perapi yang salah pada rambut juga boleh menyebabkan rambut rosak. Sebetulnya minyak perapi mestilah digunakan sampai kena kulit kepala dan tidak perlu dicuci..Anda nak tahu mummy gunakan minyak ap??

>>>Jojoba oil Cik Yaya guna..selamat dan yang penting semulajadi,tiada bahan kimia ,100% natural..





#Tips 5 :  Amalan Pemakanan Yang Betul
Yang ni tips paling penting..jagaan dalaman untuk dapatkan rambut yang sihat. JAUHI makanan berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.

Untuk merangsang pertumbuhan rambut yang sihat,PASTIKAN anda mengambil makanan yang mengandungi protein ( dari sumber daging/ikan/telur/kacang soya/kekacang dan sebagainya) dan zink ( dari sumber sayuran hijau serta organ dalaman haiwan) serta vitamin C & B( dari sumber buah-buahan dan sayuran).





#Tips 6 : Gaya Hidup
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.

Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 11.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.

Cik Yaya dah kongsi kan tips penjagaan rambut yang betul. anda dah tahu punca keguguran dan masih belum terlambat untuk amalkan beberapa tips penjagaan rambut bagi mengelakkan masalah rambut walaupun anda seorang yang sibuk.

Untuk dapatkan JOJOBA OIL boleh whatsapp Cik Yaya - 0195575311

Sekian terima kasih kerana sudi membaca entri Cik Yaya kali ini.

Sunday 21 May 2017

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR DAN KULIT KERING

Assalamulaikum.. Salam sejahtera


Dua tiga hari ni Cik Yaya terperasan banyak pula rambut kat lantai ini, Jika bukan rambut sendiri,rambut siapa lagi kan?



"Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua"







Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya

Berikut adalah antara punca yg menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:

1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.


2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.


3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.


4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.


5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.


6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.


7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.



Cara / Petua Merawat keguguran rambut

Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut . Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.


Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.



Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.



Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.


Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.


Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.


Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.


Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.





Jojoba Oil






Jojoba oil 100% natural.Tiada bahan campuran di formulasikan dari USA. Banyak kegunaan. Boleh digunakan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Sesuai dari bayi hingga dewasa.




Khasiat / Kegunaan.

- Untuk masalah rambut seperti rambut gugur, kusut dan berkelemumur.

- Tumit merekah

- Masalah kulit kering

- Sebagai makeup removal

- Baik untuk luksa dan kesan parut

- Bibir kering

- Pertumbuhan rambut

- Masalah kulit enzyme

- Melebatkan bulu mata









Cik Yaya nak kongsikan disini untuk tatapan bersama. Ada yang rasa sesuai untuk dicuba boleh cuba ye..

Berminat?

Whatsap Cik Yaya 019 5575311